Sunday, April 18, 2010

vanilla cuppies and MCB

putih itu menawan, disulami dengan warna merah berbentuk hati di tengah2, sesejuk
seputih salju, jiwa tenang dan damai melihatnya... diikat pula dengan riben sedondon, walaupun 'design' ini teramatlah 'simple'nya tetapi amat bermakna


hadiah dari seorang kawan untuk sahabatnya, dipesan pula oleh seorang kawan juga, dan yang datang mengambilnya, emak kepada kawannya, jadilah mereka berkawan-kawan.....:-)Terma kasih daun keladi Naimah dan emaknya serta kawannya, tak lupa untuk gulai udang dan rebung hari tu.....hmmmm sedap sungguh.....

kalau kek cawan ( Anybody watched cerekarama "Hantu kek" last Saturday? ) perasa vanila tersebut dari seorang kawan kepada kawan yang lain, MCB ini pula dari seorang menantu kepada mertuanya.Kata CT, untuk makan2 je.
Walau untuk apa jua suasana atau ketika, setiap pemberian itu adalah istimewa, seistimewa orang yang memberi. Kalau kita dapat membahagiakan sesorang dengan pemberian kita, itu lebih bermakna dari menerima, tapi menerima juga menyeronokkan kerana itu menunjukkan kita dihargai dan disayangi., asal sahaja setiap pemberian itu adalah ikhlas, dengan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Hanya sekadar ucapan 'terima kasih' sudah mencukupi...


Terima kasih CT di atas sokongan yang berterusan.

No comments:

Post a Comment