Friday, June 5, 2009

Aku Terima nikahnya.....

"Aku terima nikahnya.....", kata2 hikmat yang menggundah gulanakan hati si dara yang telah menunggu sekian lama di dalam set persalinan yang serba putih dengan inai merah bercorak di jari. Tetapi yang lebih gundah gulana adalah si jejaka yang bersalaman dengan Tok Kadi kerana dengan terlafaznya ayat tadi, satu tanggungjawab baru dipikul dan diterima dengan membuka lembaran baru di dalam hidup dua jiwa ini. No more "I" or " you". It will now be " Us" and "We".
Segala yang haram sudah dihalalkan. Layarilah alam baru ini dengan ucapan "Bismillah" didalam apa jua tindakan supaya apa yang dilakukan mendapat keberkatan.


Si jejaka boleh menarik nafas lega apabila hanya satu perkataan ini disebut. Betapa besarnya makna perkataan yang hanya mengandungi tiga huruf ini.

sama cantik sama padan,
bagai pinang dibelah dua,
bagai cincin dengan permata,
bagai fondant diuli dan dibentuk.
dulu berangan nak jadi designer baju, la ni jadi designer utk pengantin fondant je....kalau Dato' Siti dengan rekaan Rizalman ( kalau silap sori ye? ) dan Michael Ong, pengantin ni mendapat sentuhan dari designer from Zue's Oven.sepasang persalinan putih , warna yang sememangnya menjadi pilihan raja sehari, tampak suci, tampak anggun, ditambah dgn batu "swaroski", cumanya pengantin ni tak sempat pi kat Mak Andam sebab tak sempat nak make-up.


ala-ala Garden wedding gitu.....
A request from someone nun di Cyberjaya for her sister nin di Alor Staq , a wedding gift sebagai pengganti diri. Kalau dulu dia meminta " surprise" kan her parents with birthday cupcakes, this time it's her sister's turn. Senang berurusan dengan Anis, she told me what she wanted with a certain budget and I tried to work along that . I didn't tell her what I was going to do, she said, "asalkan sedap dan cantik". So Anis, I hope you get what you wish for.
It took me half the night to complete the set. I am very happy and pleased and enjoyed myself doing this and again, just like the teddy bear, I was sad to part with these set of cuppies.
pantun ayam berkokok dua kerat from Zue's Oven untuk pengantin baru:
Ayam berkokok berbaju biru,
Selamat Pengantin Baru.
Pantun ayam berkokok untuk Anis:-
Ayam berkokok di sawah padi,
Terima kasih daun keladi. :-)




No comments:

Post a Comment